Sunday, June 27, 2010

Pelajar UiTM perlu berubah- bergroup membenci orang adalah tidak wajar

Memetik isu hangat yang melanda saudara Saiful Izan yg melepaskan kata-kata yang agak ekstrem terhadap Universiti Teknologi Mara, "Universiti sampah",telah menyebabkan tertubuhnya satu group facebook untuk membenci Saiful Izan. Di atas tekanan dan kebencian tersebut, akhirnya dia memohon maaf dan "group" tersebut telah di"delete" dr laman facebook.

Melihat kepada tindakan drastik utk menubuhkan group sebegitu, menyebabkan saya berasa begitu terpanggil untuk mengkritik tindakan ini. Saya tidak bersetuju, dgn tindakan mewujudkan group-group spt ini, kerana caranya adalah salah.Ini menunjukkan betapa kita bersifat berpuak-puak.Mungkin kita kena melihat perkara ini dari skop yg lebih besar. Mengapa Saiful berkata begitu? Mungkin masyarakat di luar sana telah mula mengstereotaip UiTM.Kita lupa kepada 2 frasa perbezaan yg penting apabila melibatkan universiti-universiti di Malaysia. Kualiti ataupun kuantiti. Namun saya tahu, Saiful tidak patut membuat kenyataan yg sedemikian, walaupun mempunyai hak sekali pon. Saiful tidak tahu akan kelebihan yg ada pada UiTM.

Tetapi tindakan membuat group untuk membenci Saiful Izan itu, menunjukkan seakan-akan kita orang Melayu ini terlampau sensitif. Apa yg sy maksudkan adalah, perkara yg kecil pun diperbesar-besarkan, sedangkan kita boleh membuat perbincangan face to face utk menyelesaikan masalah ini. Disamping itu, tindakan utk mewujudkan group spt ini memberikan tanda seakan akan kita telah merajuk. Sebagai satu universiti yang ingin mencapai standard tersendiri, kita tidak boleh merajuk, kerana ini menggambarkan satu bentuk kelemahan.Orang akan berkata "typical malay". Bagi saya ini adalah memalukan. Kalau kita nak jadi Melayu, biarlah Melayu yang berintegriti, dan Melayu yang bertunjangkan agama. Kita anak Melayu lupa akan agama, dan kalau siapa menjejakkan kaki ke UiTM, jgn terkejut kalau anda terjumpa sekelompok org Islam yg tidak menunaikan solat 5 waktu pun. Memang ada.Ini satu perkara yg kita perlu ubah. Mungkin orang ramai mula untuk menghakimi UiTM melalui akhlak pelajar-pelajarnya.

Mungkin Saiful Izan tidak faham akan peranan UiTM sbg benteng orang Melayu. Pada mulanya saya terkejut dgn kursus-kursus yg ditawarkan di Uitm, di mana kadang-kadang sy rasa sbg "nonsense". Tapi apabila diteliti akan apa yang mereka jalani dan pelajari, sbg cthnya perhutanan dan perkayuan, sememangnya kursus-kursus ini berbentuk praktikal dan menyeluruh, disamping kursus-kursus ini boleh dikatakan sbg "abiding" dgn pasaran kerja. Kadang-kadang apabila diteliti dgn elok, kursus-kurus ini adalah world class dan unik. Mngkin ini benda yg saiful tidak faham, kerana dia bkn dlm UiTM. Mka dia tidak tahu apa yg terjadi.

Kalau betul kita hebat sudah lama kita bersama sama dgn scholar2 lain utk ke oversea. tetapi kebanyakkan kita kecundang di SPM. dan uitm telah memberikan peluang kedua kpd kita. ambil la peluang ini. dan jadila insan yg bersyukur. sama2 kita improve.

Ini hanyalah sekadar pendapat persendirian saya. Satu pendapat yg bimbang thdp universiti tercinta.

No comments:

Post a Comment